China Keluarkan Kertas Putih Industri Ekonomi Digital

2022-07-09 13:55:07  cri
Share with:

Pendigitalan industri telah menempati lebih 80 peratus daripada ekonomi digital di  China, dan struktur ekonomi digital semakin optimum.

Demikian dipetik dari Kertas Putih Mengenai Pembangunan Ekonomi Digital China 2022 yang dikeluarkan Akademi Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi China (CAICT) pada Jumaat.  

Menurut kertas putih tersebut, kadar pertumbuhan ekonomi digital di negara ini mencapai 15.9 peratus secara purata setahun bermula tahun 2012, jauh lebih tinggi daripada kadar purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh masa yang sama.  

Pada tahun 2021, skala ekonomi digital telah mencapai RMB45.5 trilion, mencatatkan peningkatakn nominal sebanyak 16.2 peratus. Pendigitalan industri telah menjadi enjin utama dalam pembangunan ekonomi digital.  

Pakar menyatakan bahawa pada masa dahulu, ekonomi digital China didominasi oleh penggunaan melalui Internet seperti e-dagang. Namun pada beberapa tahun kebelakangan ini, internet perindustrian memainkan peranan lebih besar dalam memacu ekonomi digital di negara ini.