AS Akibatkan Kerapuhan Rantaian Bekalan Industri Fotovalta Global

2022-07-09 14:13:04  CRI
Share with:

Punca utama yang mengakibatkan kerapuhan rantaian bekalan industri fotovalta global adalah Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap industri fotovalta China dengan alasan “buruh paksa di Xinjiang” dan menguatkuasakan “Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur”. Langkah-langkah itu bercanggahan dengan peraturan pasaran, menjejaskan orde perdagangan antarabangsa, sekali gus menjejaskan kestabilan rantaian bekalan industri fotovalta global. 

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar ketika diminta memberi komen tentang ucapan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol baru-baru ini. Kata Birol bahawa kapasiti pengeluaran polysilicon China telah menduduki 79 peratus daripada jumlah keseluruhan di dunia pada tahun 2021, antaranya 42 peratus berada di Xinjing. Kapasiti pengeluaran yang terlalu tertumpu itu mungkin akan mengakibatkan rantaian bekalan global menjadi rapuh.

Zhao berkata, adalah benar China merupakan negara terbesar dalam industri pembuatan, penggunaan dan pemasangan fotovalta. Xinjiang ialah pangkalan pengeluaran polysilicon yang terbesar di dunia, dan ini juga merupakan hasil pimpinan dasar kemuncak karbon dan neutral karbon di negara ini, serta pacuan penaiktarafan teknologi perindustrian, kawalan kos dan permintaan pasaran. Ia telah menyumbang besar kepada pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui di dunia.