Ugutan Agensi Risikan AS dan Britain Sia-sia Saja

2022-07-10 13:10:13  cRI
Share with:

China dan Jerman telah menandatangani satu kontrak yang bernilai 200 juta euro (RM901.9 juta) yang meliputi sepuluh projek kerjasama komersial pada 7 Julai lalu. Inilah contoh terkini pelabur asing memandang positif terhadap China, dan juga tamparan kepada tindakan agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) dan Britain yang ingin menakutkan perusahaan Barat.

Dalam sidang media yang diadakan di London pada 6 Julai, Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS, Christopher Wray dan Ketua Pengarah MI5 Britain, Ken McCallum mendakwa China “mencuri” harta intelek negara-negara Barat melaui “perisik ekonomi” dan penggodam supaya mencapai matlamat menerajui industri penting. Mereka juga menyifatkan China sebagai “ancaman terbesar dalam jangka panjang”. Pada hari yang sama, agensi risikan AS mengedarkan maklumat “antiperisik” yang menyasarkan China kepada kerajaan tempatan dan pemimpin sektor perniagaan.



Yang masih segar dalam ingatan orang ramai adalah farsa agensi risikan AS tentang pencarian asal usul virus COVID-19 yang akhirnya menjadi bahan ketawa seluruh dunia. Pada tahun 2018, kerajaan Trump mengotorkan imej China dengan mendakwa China “mencuri” teknologi Barat. 

“Pelan Tindakan China” yang dilancarkan pada bulan Novermber tahun itu pula menuntut jabatan kehakiman di 94 wilayah negara itu memfailkan sekurang-kurang satu dua dakwaan terhadap China setiap tahun. Namun, pelan yang dilaksanakan selama lebih tiga tahun itu gagal untuk mencari perisik. 

Pada Februari tahun ini, Jabatan Kehakiman AS terpaksa menarik balik pelaksanaan pelan itu dan mengakui pelan itu adalah salah. 

Menurut ranking indeks inovasi global yang diumumkan oleh Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), kedudukan China melonjak ke tangga 12 pada tahun 2021 dari tangga 34 pada 2012, sekali gus menjadikan China negara berinovatif. 

Dalam tempoh sepuluh tahun lalu, China mencapai kemajuan besar dalam inovasi dan pembangunan teknologi tinggi dan mendapat pengiktirafan dunia. 

Tindakan ugutan agensi risikan terhadap sektor perdagangan tidak meyakinkan dan pasti akan sia-sia.