Aktiviti Pengayaan Uranium Iran di Bawah Pengawasan IAEA: Kamalvandi

2022-07-11 14:17:29  CRI
Share with:

Iran pada sekurang-kurangnya dua minggu lalu telah memaklumkan rancangan mengenai penyuntikan gas ke dalam rantai pengemparan IR-6 kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kata jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Behrouz Kamalvandi.

Kamalvandi berkata, penghasilan uranium berketulenan 20 peratus daripada rantai pengemparan itu pada Sabtu adalah komponen teknikal yang terakhir untuk rancangan tersebut.

Menurutnya, IAEA telah memaklumkan hal itu sebelum ini, sementara hasil rancangan AEOI berkenaan turut disahkan mutakhir ini. 

Tegas beliau, rancangan AEOI itu bertujuan memenuhi tanggungjawab undang-undang untuk memasang serta menyuntik gas terhadap enam rantai pengemparan IR-6 yang melibatkan 1,000 unit alat pengempar.