Projek CPEC Hasil Situasi Menang-Menang: PM Pakistan

2022-07-11 12:43:23  CRI
Share with:

Projek Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) mencapai kemajuan positif dan menghasilkan situasi menang-menang bagi semua pihak.

Demikian ujar Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif semasa diwawancara Kumpulan Media China (CMG), baru-baru ini.

Beliau berkata, sebagai projek perintis penting bagi pihaknya terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), projek CPEC kini dalam pelaksanaan dan dilakukan secara teratur. 

“Penyiapan fasa pertama memenuhi keperluan mendesak kami terhadap tenaga, lebuh raya dan kemudahan asas lain. Rakyat kami beroleh banyak manfaat daripada projek ini. Ia juga sumbangan besar untuk seluruh rantau,” katanya.