Sokongan Terhadap Biden Cecah Paras Terendah

2022-07-11 11:19:18  CRI
Share with:

Sokongan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menjunam kepada 30 peratus, paras terendah dalam sejarah.

Satu tinjauan mendedahkan hanya 29 peratus daripada pengundi berdaftar negara itu memberikan penghargaan kepada prestasi Biden, manakala 58 peratus tidak bersetuju dan 13 peratus dilihat sukar menjawab soalan tersebut.

Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Civiqs Poll, inflasi yang melambung tinggi, harga minyak yang naik drastik serta kemelesetan yang dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa merupakan antara punca utama ketidakpuasan hati rakyat terhadap Biden.