Ekonomi AS Mungkin Terjerumus Kemelesetan Menjelang 2023: Pakar

2022-07-12 13:10:32  CRI
Share with:

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) dijangka mempunyai lebih separuh kemungkinan akan terjerumus ke dalam kancah kemelesetan menjelang 2023, menurut ketua strategi global TD Securities Kanada, Richard Kelly.

Dalam temu bual bersama Berita Pengguna dan Saluran Perniagaan AS (CNBC) pada Isnin, Kelly menunjukkan tiga punca utama yang menyebabkan risiko seumpama iaitu kenaikan drastik harga gas asli, polisi Rizab Persekutuan (FED) semasa ini serta kelembapan ekonomi sejagat.

Beliau berkata, adalah sukar untuk mengunjurkan masa spesifik berlakunya kemelesetan ekonomi. 

"Ekonomi negara itu berkemungkinan mengalami kemelesetan teknikal dengan merekodkan pertumbuhan negatif selama dua suku berturut-turut seawal penghujung suku kedua tahun ini," tambahnya.

Sementara itu, syarikat pelaburan antarabangsa, Muzinich juga beranggapan bahawa kemerosotan ekonomi AS tidak dapat dielakkan, jadi ia hanya soal bila akan berlaku.