Dunia Arab Hilang Kepercayaan terhadap Demokrasi Barat

2022-07-12 12:48:10  CRI
Share with:

Dunia Arab hilang kepercayaan terhadap keupayaan sistem demokrasi ala Barat dalam membawa kemantapan ekonomi di Timur Tengah dan Afrika Utara, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) pada Ahad.

Laporan itu berbunyi, kebanyakan responden bersetuju bahawa ekonomi menjadi lebih lemah di bawah demokrasi Barat.

Dapatan kaji selidik oleh Arab Barometer mendapati, rakyat dari negara Arab di Timur Tengah dan Afrika Utara semakin bimbang akan masalah dicetuskan sistem politik ala Barat.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, terutamanya lima tahun lepas, semakin ramai yang berpendapat, demokrasi Barat tidak kondusif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mengekalkan ketenteraman dan kestabilan sosial, serta menggalakkan kerajaan bertindak tegas.

Hampir 23,000 orang responden ditemu bual dalam kaji selidik yang dijalankan sejak akhir 2021 hingga musim bunga 2022 itu.