Xinjiang Bina Hab Logistik Antarabangsa Laluan Darat Eurasia

2022-07-13 12:22:30  CRI
Share with:

Pelabuhan darat antarabangsa Urumqi, yang merupakan projek signifikan dalam pembangunan kawasan ekonomi teras bagi jalan sutera, mula dibina pada penghujung 2015 dengan menempati kawasan seluas 67 kilometer persegi.

 

Ia merupakan hab pengangkutan penting yang menghubungkan timur dengan barat, dan mempunyai hab kereta api yang berjarak paling dekat dengan Asia Tengah dan Barat serta Eropah.

 

Selain itu, pelabuhan tersebut dilengkapi sistem pengangkutan bersepadu yang melibatkan pengangkutan udara antarabangsa, hab kereta api berkelajuan tinggi dan rel antara bandar serta jaringan lebuh raya pelbagai kategori.   

 

Naib Ketua Pengarah Pusat Perkhidmatan Pembangunan Pelabuhan Darat Antarabangsa Urumqi Xinjiang, Zhong Hehua memaklumkan bahawa kawasan pelabuhan darat aktif memperluas jaringan logistik di dalam dan luar negara.

 

Jelas beliau dalam sidang media ke-77 mengenai Xinjiang pada Selasa, kerja-kerja penyempurnaan platform keterbukaan turut giat dilakukan.

 

Menurut Zhong, sebanyak 604 kali perjalanan kereta api China-Eropah telah beroperasi pada enam bulan pertama tahun ini dengan membawa lebih 200 jenis produk ke 26 buah bandar di 19 buah negara Asia dan Eropah.

 

Turut difahamkan, pelabuhan darat itu juga bekerjasama dengan pelabuhan Tianjin dan Shandong di pesisir laut.

 

Dengan beroperasinya kereta api yang bersambungan dengan pengangkutan maritim sehingga pasaran Jepun, Korea Selatan dan Asia Tenggara, ia sekali gus mampu mendorong lagi bidang import dan eksport produk pertanian, elektronik dan tekstil.