Parti Hari Lahir Anak Panda

2022-07-13 15:15:06  CRI
Share with:

Baru-baru ini, 18 ekor anak panda yang dilahirkan pada 2018 menyambut hari lahir di Pusat Pengajian dan Pemeliharaan Panda China yang terletak di daerah Aba, provinsi Sichuan.

Panda bukan sahaja haiwan berharga di China, malah juga merupakan "bintang terkenal" di seluruh dunia.

Sebaik tiba hari lahir, pelbagai zoo domestik akan menganjurkan parti hari jadi untuk haiwan jenis itu.

Kek hari lahir yang disediakan untuk anak panda biasanya diperbuat daripada buah-buahan seperti anggur, buah naga, mangga dan tembikai.

Selain itu, terdapat banyak jenis hadiah dihantar daripada "peminat" panda dari dalam dan luar negara.