Lawatan Biden ke Palestin Disifatkan Hanya ‘Persembahan’

2022-07-14 11:50:35  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di bandar Bethlehem, Tebing Barat Sungai Jordan pada Jumaat ini.

Menurut penganalisis politik Palestin, lawatan Biden ke Palestin hanya persembahan sahaja, dan ia tidak membantu menyelesaikan konflik antara Palestin dan Israel.

Penasihat Dasar Pusat Kedamaian dan Demokrasi Palestin, Naseef Muallem menganggap agenda utama lawatan Biden tersebut bukan penyelesaian konflik Palestin-Israel, tetapi melobi negara-negara Teluk menambah pengeluaran minyak bagi mengurangkan kesan konflik Rusia-Ukraine terhadap negara Eropah dan AS.

Tambah beliau, lawatan itu juga bertujuan memperkasa sinergi antara Israel dengan negara-negara Teluk bagi mengekang Iran.