China, Kemboja Komited Kekalkan Penyelarasan Strategik

2022-07-14 18:03:02  CRI
Share with:

China dan Kemboja komited mengekalkan penyelarasan strategik dalam menggariskan pelan tindakan baharu ke arah komuniti berkongsi nasib dan mendorong pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Komitmen itu dizahirkan kedua-dua pihak dalam mesyuarat keenam Jawatankuasa Penyelaras Antara Kerajaan China-Kemboja yang berlangsung secara maya hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi bersama Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Nam Hong.

Kesepakatan lain yang tercapai termasuk mengintensifkan penjaminan politik dan keselamatan, memperkukuh asas bagi kerjasama pragmatik dan persahabatan dalam kalangan rakyat, serta meningkatkan sinergi dalam urusan multilateral.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak akan berusaha mendorong pelaksanaan projek penting Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi, terus berganding bahu melawan wabak COVID-19 dan memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pertanian dan lain-lain.