Forum Selat Ke-14 Berlangsung di Xiamen

2022-07-14 14:59:10  CRI
Share with:

Forum Selat merupakan temasya interaksi dan kerjasama dalam kalangan rakyat di kedua-dua pantai Selat Taiwan, juga platform untuk menguatkan tali persaudaraan antara saudara setanah air.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Yang semasa berucap dalam Forum Selat ke-14 yang berlangsung di Xiamen, provinsi Fujian pada Rabu.

Wang menyatakan Presiden Xi Jinping pada Isnin membalas surat daripada pemuda Taiwan yang menghadiri forum kali ini, mencerminkan golongan belia Taiwan sentiasa di hati beliau.

Golongan muda rentas selat harus menyahut pesanan Presiden Xi, sehati sejiwa menyatukan lebih ramai belia Taiwan datang ke Tanah Besar untuk mengejar dan merealisasikan impian, dan menyumbang bakti demi kebangkitan bangsa.