Loji Hidroelektrik Sungai Nam Ou Jana Lebih 10 Bilion KWh

2022-07-14 13:26:37  CRI
Share with:

Loji Hidroelektrik Lata Aliran Sungai Nam Ou di Laos yang dibina syarikat China iaitu Power China telah menjana lebih 10 bilion kilowatt sejam (KWh) setakat Selasa.

Menurut syarikat Power Generation milik Power China di Luang Prabang pada Rabu, ia sekali gus membekalkan sokongan elektrik yang lestari dan bersih kepada pembangunan sosioekonomi negara terbabit.

Untuk rekod, projek tersebut yang terletak di Luang Prabang dan Phongsaly, utara Laos merangkumi tujuh buah loji lata dengan kapasiti unit keseluruhannya mencatat 1.272 juta kilowatt, dan mula beroperasi sejak hujung September 2021.

Menurut data statistik, loji-loji yang dibina Power China di Laos mampu menjamin lebih 12 peratus bekalan elektrik seluruh negara, dan menyumbang 30 peratus jumlah penjanaan elektrik pada musim kemarau.

Turut difahamkam, tenaga elektrik kuat, stabil dan bersih yang dihasilkan itu telah memberi jaminan elektrik kepada Landasan Kereta Api China-Laos dan perkembangan sosioekonomi setempat.

Pada hari sama, Persatuan Perusahaan Penjana Elektrik Modal China di Laos yang terdiri daripada 13 syarikat modal China juga dirasmikan.

Kesemua 18 loji hidroelektrik di Laos mewujudkan kapasiti unit keseluruhan yang beroperasi sebanyak 2,256 megawatt, menyumbang 49.7 peratus sistem jaringan elektrik Laos.