Pembinaan Landasan Tanpa Balast bagi Jambatan HSR Rentas Laut Selesai

2022-07-14 12:47:17  CRI
Share with:

Baru-baru ini, projek pembinaan landasan tanpa balast (Ballastless track) bagi jambatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) rentas laut yang pertama di China, iaitu jambatan teluk Quanzhou kereta api Fuzhou-Xiamen sepanjang 20 kilometer telah diselesaikan.

 

Landasan kereta api Fuzhou-Xiamen yang baharu tersebut terletak di kawasan pantai laut provinsi Fujian, selatan China dengan berkelajuan sehingga 350 kilometer sejam dan dijangka beroperasi pada 2023.

 

Landasan tanpa balast adalah teknologi landasan tercanggih di dunia pada masa ini dan juga merupakan sebuah teknologi asas bagi HSR.

 

Dasar landasan dibentuk bersekali dengan bahan konkrit dan asfalt yang dicampur.

 

Berbanding landasan balast yang menggunakan kerikil, landasan tanpa balast mampu memastikan pengoperasian kereta api lebih stabil dan lancar, sekali gus dapat mengurangkan kerja pembaikan.