Penternakan Ayam Wenchang Jadi Pemacu Ekonomi Luar Bandar Hainan

2022-07-15 14:40:26  cri
Share with:

Provinsi Hainan, pulau di selatan China, berusaha untuk membangunkan jenama ‘Ayam Wenchang’ kerana dagingnya rangup, sedap dan berkhasiat.  

Pada tahun 2021, pengeluaran ayam Wenchang di seluruh provinsi itu sebanyak kira-kira 110 juta ekor, membawa keuntungan kira-kira RMB12 bilion (RM7.92 bilion).  

Kini, industri penternakan ayam Wenchang telah menjadi salah satu industri tonggak yang memacu ekonomi di luar bandar provinsi itu.