AS, Musuh Terbesar Bagi Demokrasi

2022-07-15 13:45:35  CRI
Share with:

Bekas penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat (AS) yang berkhidmat untuk pentadbiran Donald Trump, John Bolton mengakui dirinya pernah terlibat dalam kegiatan merancang rampasan kuasa di negara lain, semasa temu bual bersama media tempatan pada Selasa. 

Kenyataan politikus itu mencerminkan AS adalah musuh terbesar bagi demokrasi.

Hakikatnya, bukanlah rahsia bahawa AS berlakon 'polis dunia' sejak sekian lama untuk merencana rampasan kuasa di negara lain.  

Negara itu sentiasa mendakwa dirinya pembela demokrasi dan hak asasi manusia, namun ia mengabaikan undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, malah menganggap bahawa adalah suatu kewajaran untuk mencampuri urusan dalaman dan menggulingkan pemerintahan negara lain.

Melihat kepada sejarah gelap AS, jelaslah bahawa terdapat beberapa modus operandi yang biasa digunakan si politikus untuk merancang komplot berkenaan antaranya melancarkan peperangan secara langsung, mencetuskan ‘revolusi warna’ dan melancarkan perang proksi dengan niat mensubversikan pemerintahan negara lain.

Perbuatan jahat seumpama menyebabkan negara-negara yang menjadi sasaran 'direkonstruksi' secara paksa oleh AS terjerumus ke kancah peperangan dan kemiskinan, hingga mengundang faktor-faktor ketidakpastian di rantau berkenaan. 

Andainya menyifatkan AS sebagai pengacau terbesar di dunia, maka si politikus semacam Bolton boleh dikatakan menjadi operator yang menjajakan peperangan dan kekacauan ke luar.

Politikus AS yang tangannya berlumuran darah rakyat negara lain mesti disiasat dan diheret ke muka pengadilan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dijatuhi hukuman setimpal mengikut undang-undang.