Jepun Digesa Henti Gerak Pelan Pelepasan Air Terawat

2022-07-15 13:33:28  CRI
Share with:

Jepun sekali lagi digesa mengambil serius kebimbangan munasabah yang disuarakan pelbagai pihak dan berhenti menggerakkan pelan pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke laut.

Gesaan itu dibuat jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin, susulan luahan keprihatinan Mesyuarat Menteri Luar Forum Kepulauan Pasifik atas isu air tercemar berkenaan menerusi satu kenyataan.

Wang berkata kenyataan tersebut cerminan kebimbangan besar masyarakat antarabangsa terhadap pengurusan air terawat oleh Jepun.

"Perkara ini berkait rapat dengan alam sekitar marin global dan kesihatan rakyat negara terbabit. Ia bukan hanya urusan Jepun sendiri,” katanya dalam taklimat harian di Beijing pada Khamis.

Beliau turut menekankan perlunya Jepun mengadakan perundingan penuh dengan negara jirannya, pihak-pihak berkepentingan dan institusi antarabangsa, sehingga menemui cara yang berpatutan mengenai pengurusan air terawat berkenaan.