Inisiatif Pembangunan Global Pecut Kerjasama Dunia
Inisiatif Pembangunan Global diyakini mampu membantu mengukuhkan kerjasama pembangunan antarabangsa dan mempercepat pelaksanaan agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Demikian ujar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn ketika diwawancara secara bertulis oleh Kumpulan Media China (CMG) pada Jumaat.
Beliau menzahirkan penghargaan atas inisiatif disyorkan Presiden China Xi Jinping tersebut, dan menekankan bahawa setiap negara menanti pembangunan dan pertumbuhan.
Menurutnya, apa yang diperlukan ketika ini adalah kolaborasi, bukan persaingan dan perpecahan.
Sokhonn turut menyuarakan sokongan padu terhadap inisiatif berkenaan kerana ia dapat menyuntik elemen-elemen baharu yang lebih segar ke dalam rangka kerjasama sedia ada, khususnya Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan visi komuniti berkongsi nasib sesama Kemboja-China.