Israel Bedil Kemudahan di Genting Gaza

2022-07-17 13:40:41  CRI
Share with:

Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kemudahan di Genting Gaza pada pagi Sabtu, sebagai balasan terhadap serangan roket dari kawasan berkenaan awal pagi hari itu. 

Sebuah pangkalan ketenteraan dan kompleks bawah tanah menghasilkan roket yang dimiliki Hamas menjadi sasaran bedilan.

Awal pagi Sabtu, pasukan bersenjata dari Gaza melepaskan empat roket ke arah wilayah Israel. Satu roket berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel, sementara tiga lain jatuh ke tanah kosong.

Tiada kematian dan kecederaan dilaporkan setakat ini, dan juga tiada kumpulan atau individu yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Bagaimanapun, pihak tentera Israel mendakwa Hamas perlu bertanggungjawab atas semua tindakan di Genting Gaza.