Tianzhou-3 Pisah dari Kompleks Stesen Angkasa

2022-07-17 14:30:10  CRI
Share with:

Kapal angkasa kargo Tianzhou-3 dipisahkan dari kompleks stesen angkasa selepas menyelesaikan semua tugas yang ditetapkan pada pukul 10.59 pagi tadi, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA). 

Tianzhou-3 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di provinsi Hainan dan berjaya berlabuh pada modul teras Tianhe pada 20 September 2021.

Kapal kargo itu kini berada dalam keadaan baik, dan akan memasuki semula atmosfera pada masa yang sesuai di bawah kawalan dari Bumi.