G20 Seru Kerjasama Tangani Isu Keselamatan Makanan dan Inflasi

2022-07-17 15:22:07  CRI
Share with:

Mesyuarat menteri kewangan dan gabenor bank pusat Kumpulan 20 (G20) berakhir di Bali, Indonesia pada Sabtu selepas mencapai konsensus dalam isu-isu seperti keselamatan makanan dan kerjasama menangani inflasi.

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dalam taklimat media selepas mesyuarat itu berkata, antara konsensus yang dicapai termasuk menjamin keselamatan makanan, menyokong penubuhan mekanisme pembiayaan bagi mencegah dan menangani pandemik, berusaha memuktamadkan perjanjian percukaian global dan lain-lain.

Gabenor bank pusat Indonesia, Perry Warjiyo berkata, G20 berjanji melaksanakan dasar ekonomi makro yang lebih tepat bagi mengatasi inflasi dan pertumbuhan yang perlahan.