Parlimen Sri Lanka Sahkan Kekosongan Jawatan Presiden

2022-07-17 15:23:28  CRI
Share with:

Parlimen Sri Lanka mengesahkan kekosongan jawatan presiden dalam mesyuarat khas yang berlangsung pada Sabtu.

Di samping itu, setiausaha agung Parlimen Sri Lanka memaklumkan bahawa pencalonan presiden perlu dikemukakan semasa mesyuarat Parlimen pada pukul 10 pagi Selasa nanti.

Parlimen akan mengadakan pengundian untuk memilih presiden sekiranya jumlah calon lebih daripada seorang.