Ekonomi Industri China Memantul, Pengeluaran dan Jualan Kereta Tenaga Alternaltif Hangat

2022-07-18 13:52:03  CRI
Share with:


  Kelajuan peningkatan nilai tambahan industri berskop besar China pada setengah pertama tahun ini menurun pada bulan Mac dan April ekoran wabak COVID-19. Namun, seiring dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin mereda, rantai bekalan industri utama dan pengeluaran industri pulan memulih dengan teratur, memaparkan kecenderungan meningkat semula pada bulan Mei,  memantul ketara pada bulan Jun dengan peningkatan 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.   


Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Jangkaan Pusat Maklumat Negara China, Zhang Yuxian baru-baru ini.


Pemulihan industri pembuatan teknologi tinggi yang agak cepat pula memacu pemulihan industri lain, khususnya industri pembuatan kelengkapan. Kelajuan nilai tambahan industri tersebut menurun 8.1 peratus pada bulan April, tetapi meningkat 1.1 peratus pada bulan Mei dan terus meningkat pada bulan Jun.



Kesemua statistik tersebut menandakan, asas ekonomi dan pengoperasian  industri China  yang baik dalam jangka panjang tidak berubah, daya kenaiktarafan struktur industri dan transformasi hijau tetap kuat, daya bersaing produk industri di arena antarabangsa masih ada. Pada setengah tahun kedua tahun ini, perkembangan ekonomi industri kekal stabil dan baik, asas perindustrian dan polisi memainkan peranan penting bagi menstabilkan ekonomi makro.


 Pada setengah tahun pertama tahun ini, prestasi kereta tenaga alternatif sungguh baik. Dalam pasaran domestik China, pengeluaran dan penjualan kereta alternatif menunjukkan kecenderungan hangat. Pengeluaran dan penjualan kereta tenaga alternatif melebihi 2.6 juta pada setengah pertama tahun ini, meningkat 1.2 kaliganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Sekarang, terdapat lebih 30 jenama kereta tenaga alternatif yang dieksport dari pelabuhan Guangzhou ke negara-negara Eropah termasuk Norway, Denmark, Belanda dan lain-lain.