Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

2022-07-18 14:48:37  CRI
Share with:

Peribahasa China ada menyebut, “nak menjadi kaya, binalah jalan dahulu”. Inilah juga konsep pembangunan yang dipegang Serbia pada beberapa tahun ini.

 

Demikian dinyatakan oleh Presiden Serbia, Aleksandar Vucich ketika merasmikan lebuh raya yang mengelilingi bandar Belgrade sektor B5 yang dibina oleh syarikat China pada bulan lalu.

 

Pada pukul 6 petang 12 Julai, LRT Mekah yang dibina oleh syarikat China berjaya menamatkan misi pengangkutan sempena Jemaah Haji tahun ini. Bermula dari pukul 4 pagi 6 Julai, ia telah menghantar lebih 1.29 juta penumpang dengan selamat.

 

LRT Mekah siap dibina pada tahun 2010 dan merupakan LRT pertama di Arab Saudi.

 

Baru-baru ini, sistem bekalan air yang dibina oleh syarikat China di Cabinda, Angola dirasmikan, sekali gus menyediakan air yang bersih kepada 600 ribu penduduk tempatan. Seorang warga emas tempatan menyatakan bahwa ia merupakan impian sejak beberapa generasi penduduk tempatan. Kini, mereka tak perlu mengambil air dari sungai sejauh lebih beberapa kilometer lagi.

 

Projek ini juga menyediakan peluang kerja kepada lebih 10 ribu penduduk serta melatih lebih 20 pengurus tempatan.

 

Selain itu, China menyumbang 10 ribu tan beras untuk menjamin keperluan pelajar seramai 1.1 juta orang di Sri Lanka, menyediakan 100 buah lagi bas untuk Syria untuk membantu menjamin kehidupan orang ramai tempatan menghadapi sekatan sepihak dari Barat, terus menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gemba bumi di Afghanistan.

 

Sebenarnya, ini bukannya Satria mahu menunjuk-nunjuk tentang apa yang dilakukan China, tetapi ia merupakan senarai yang dikumpulkan oleh seorang netizen China mengenai apa yang telah dibuat oleh China di dunia mutakhir ini.

 

Beliau turut mempersoalkan, “kita (China) telah buat begitu banyak hal yang bermakna, mengapa kebanyakannya tidak kedengaran seperti satu laporan besar di dalam negara mahupun di luar negara?”

 

Menghadapi situasi antarabangsa yang kurang stabil dan ramai rakyat di dunia yang mengalami kesengsaraan, China selalu berusaha menyediakan unsur kestaibilan dan pembangunan.

 

Bagi negara Barat, biasanya cakap kosong yang belum terwujud pun akan dilaporkan secara mega.

 

Contoh? Lihat sahaja “Build Back Better World”. Kononnya B3W itu akan menyediakan USD 40 trilion pada sidang kemuncak G7 2021. Namun, hingga tahun ini janji (yang Satria rasa hanya tinggal janji sahaja) telah menurun menjadi USD600 bilion sahaja, meskipun tidak satu negara pun kelihatan mendapat se-dolar dari mereka.

 

Tapi, gaya China pula adalah menggalakkan kemajuan secara diam-diam. Ibarat jika memberi guna tangan kanan, tangan kiri pun tak perlu tahu.

 

Bagi China, membantu membina sistem bekalan air atau menyumbang 100 buah bas bukan pencapaian besar yang patut dipromosikan. Bagi kami, kegembiraan anak Angola yang mandi dalam air bersih dan senyuman yang nampaknya malu rakyat Afghanistan ketika mendapat beras adalah suatu penghargaan tertinggi.

 

Dan, ada satu unsur adalah media besar Barat di Afrika, Asia Barat dan Eropah Tengah tidak mungkin melaporkan apa yang telah dihasilkan oleh China di sana, sebab ini berlanggar dengan “herat hutang China” atau “penjajahan ekonomi China” yang diceritakan oleh mereka.

 

Tapi kita yakin, dikit dikit menjadi bukit. Usaha yang kecil juga akan menggalakan perubahan yang besar pada suatu hari.