Pengalaman China Kurangkan Kemiskinan Perlu Dipelajari

2022-07-18 13:32:37  CRI
Share with:

Negara-negara terbabit  diharap mempelajari pengalaman China dalam usaha mengurangkan kemiskinan dalam  konteks populasi miskin bertambah berturut-turut di seluruh dunia akibat  pengaruh dari penularan wabak COVID-19, krisis perubahan iklim dan konflik  serantau. Demikian dinyatakan Pengerusi Majlis Ekonomi dan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu (ECOSOC) merangkap Wakil Tetap Botswana ke Pertubuhan Bangsa-bangsa  Bersatu (PBB), Collen Kelapile baru-baru  ini.

Pada Forum Politik  Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Lestari PBB edisi 2022 yang menutup di New York pada Jumaat lalu, Kelapile berkata, masalah kemiskinan boleh didapati di merata-rata tempat.

China yang berpopulasi  hampir satu perlima keseluruhan dunia berjaya membanteras kemiskinan mutlak, dan  merealisasikan matlamat berkenaan dalam Agenda Pembangunan Lestari PBB 2030  dengan 10 tahun lebih awal, yang dilihat satu sumbangan signifikan kepada pengurangan kemiskinan global dan kemajuan manusia.

Menyentuh pencapaian itu,  Kelapile berkata, kejayaan China dalam usaha membasmi kemiskinan mutlak itu  telah menggalakkan mereka yang memperjuangkan sedemikian. Kini, masalah  kemiskinan amat menonjol di tengah-tengah pelbagai krisis dan cabaran seperti wabak COVID-19, terbukti dengan puluhan juta populasi terperangkap semula dalam  kemiskinan yang lebih teruk. Maka, peri pentingnya menimba pengalaman China patut ditegaskan.