Iran Tuduh AS Cetuskan Krisis di Asia Barat

2022-07-18 13:28:53  CRI
Share with:

Kerajaan Iran menuduh Amerika Syarikat(AS) mencetuskan ketegangan dan krisis di Asia Barat dengan terus melaksanakan dasar yang berbau "Iranofobia" yang sudah terbukti gagal.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani dalam sebuah kenyataan pada Ahad menyangkal dakwaan Presiden AS, Joe Biden yang berbau anti-Iran semasa lawatannya ke Asia Barat, dan menyifatkannya sejajar dengan pelaksanaan dasar AS  sejak sekian lama yang cenderung mencetuskan ketegangan dan pergolakan di rantau Asia Barat.

Dalam kenyataan itu, jurucakap Iran tersebut mengutuk AS yang bertalu-talu mencetuskan ketegangan dan krisis melalui campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara serantau, melakukan penaklukan dan pencerobohan ketenteraan serta penjualan senjata secara besar -besaran.

Nasser Kanaani juga menzahirkan harapan agar pelbagai negara serantau menyahut inisiatif Iran mengenai dialog dan kerjasama  untuk membina bersama keselamatan, keamanan, kestabilan dan pembangunan rantau ini.

Untuk rekod, semasa lawatannya ke Asia Barat, Joe Biden mendakwa Iran menjejaskan kestabilan serantau, dan berkata bahawa AS sama sekali tidak mengizinkan "Tehran memperoleh senjata nuklear."