Financial Times: AS Nampaknya "Tak Macam Entiti Ekonomi Maju"

2022-07-18 14:32:59  CRI
Share with:

Risiko politik di Amerika Syarikat (AS) makin bertambah, perpecahan sosial makin teruk dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan berada pada tahap paling rendah dalam sejarah silamnya. Kesemua ini membuat AS nampaknya "tak macam entiti ekonomi maju". Penilaian demikian terkandung dalam satu artikel akhbar Financial Times Britain baru-baru ini.

Rencana pengarang yang bertajuk “Adakah AS nampaknya lebih macam sebuah pasaran baharu muncul?” itu menyatakan bahawa sejak tercetusnya krisis kewangan tahun 2008 hingga sekarang, sejumlah keputusan yang dibuat dua parti dalam Kongres AS termasuk memilih tidak membantu pemilik rumah melainkan pihak bank, serta mengurangkan cukai sektor korporat dalam bilangan besar, telah menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan menurun. Menurut sebuah hasil tinjauan umum yang diumumkan Perundingan Gallup baru-baru ini, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan berada pada tahap yang paling rendah dalam sejarah silamnya.

Mahkamah Agung AS pada Jun lalu memutuskan untuk membatalkan rujukan dari kes Roe lwn Wade, iaitu menghentikan perlindungan terhadap hak pengguguran wanita dari segi perlembagaan. Artikel itu menganggap bahawa keputusan tersebut dan penguatkuasaan agensi persekutuan yang semakin terbatas di peringkat kebangsaan akan terus melemahkan dan memecahbelahkan AS.

Artikel itu menyatakan bahawa pelbagai tempat di AS sedang dihantui kes tembakan berskop besar yang sering berlaku dan inflasi yang melambung tinggi, manakala sesi pendengaran mengenai rusuhan Capitol yang disiar langsung membuat setiap pelajar berpeluang menyaksikan keganasan bersenjata benar-benar boleh berlaku di negara itu.

Berdepan risiko dan isu yang tidak menentu dalam bidang politik, sesetengah pelabur mulai berbincang bahawa sama ada AS akan berbuah menjadi sebuah pasaran baharu muncul, dan bukan satu entiti ekonomi maju lagi.