Ekonomi China Masih Kukuh

2022-07-19 14:10:45  CRI
Share with:

Berdasarkan data Kastam China, peningkatan eksport China pada bulan Jun mencatat 19.7%, terus baik pulih ketika mencatat terendah pada bulan April ekoran wabak yang melanda beberapa bandar besar China.

 

Kalau dibandingkan dengan beberapa negara industri penting di dunia, Jerman buat kali pertama mengalami defisit perdagangan dalam 30 tahun ini pada bulan Jun. Begitu juga Britain, Perancis, Itali, Amerika, Jepun, Korea Selatan, India dan Vietnam.

 

Negara lain yang mewujudkan lebihan dalam perdagangan luar adalah pengeskport sumber alam dan tenaga, termasuk pengeluar minyak di Asia Barat, Rusia, Kanada dan Australia.

 

Jumlah ini tercapai dengan unsur baik pulih wabak, bekalan tenaga yang terjamin dan rantaian industri yang lengkap di China.

 

Meskipun kedudukan China yang unggul mungkin boleh terjejas sementara waktu, tapi kelihatan agar sukar untuk negara lain memintasnya.

 

Pada masa yang sama, KDNK China pada setengah pertama tahun 2022 mewujudkan pertumbuhan 2.5%. Ini memang jauh berbanding sasaran tahunan yang ditetapkan pada kira-kira 5.5%.

 

Kalau melihat kepada data setiap provinsi, dilanda oleh wabak, Shanghai yang sudah lama menduduki No.1 pertumbuhan KDNK kali ini mengalami kemerosotan. Yang sama mengalami kemerosotan juga terdapat Provinsi Jilin. Tapi semua provinsi yang lain berjaya mewujudkan pertumbuhan.

 

Khususnya Provinsi Shanxi yang mengumbang pertumbuhan sebanyak 20.43%!

 

Provinsi ini pernah menjadi begitu kaya kerana rizab batu arang. Tapi ekonomi yang tidak berterusan ini menghadapi impak besar ketika China berusaha menggalakkan tenaga hijau. Kedudukannya pernah menurun kepada No.24 antara kesemua 31 Provinsi di China.

 

Tapi pada beberapa tahun ini, Provinsi Shanxi berusaha meneroka bidang pembangunan baharu, termasuk tenaga haidrogen, kenderaan elektrik, perubatan moden, tenaga suria dan lain-lain.

 

Pada masa yang sama, Shanxi secara aktif menerima peralihan industri dari beberapa provinsi yang lebih maju dan sedang mengalami penaiktarafan industri.

 

Beransur-ansur, Shanxi mewujudkan pembangunan pesat lagi.

 

Di belakang Shanxi adalah Ningxia, Monggolia Dalam, Xinjiang, dan semua provinsi atau wilayah tersebut sebelum ini mempunyai taraf kemajuan yang sangat rendah, tapi kini memperlihatkan potensi pembangunan yang pesat.

 

Pembangunan yang semakin selaras di seluruh negara serta kebangkitan beberapa pusat ekonomi serantau sebenarnya membantu meningkatkan kemampuan China ketika menghadapi impak dan juga punca ekonomi China kekal mapan.

 

Ya, tatkala menghadapi unsur gangguan dalam dan luar negara, ekonomi China juga menghadapi masalah sendiri, termasuk kelemahan permintaan domestik, kadar pengangguran yang meningkat, serta siri masalah ekoran kemerosotan pasaran hartanah.

 

Bagaimanapun, seperti apa yang berulang kali ditegaskan oleh pemimpin China, pembangunan merupakan penyelesaian muktamad bagi kebanyakan masalah. Dengan trend pembangunan yang baik pulih dan asas ekonomi China yang masih kukuh, kita yakin kesukaran buat masa ini mampu diatasi.

 

Yang lebih membimbangkan adalah situasi antarabangsa yang membawa semakin banyak unsur ketidak tentuan.