Lawatan Joe Biden ke Asia Barat Sia-sia

2022-07-19 15:48:36  CRI
Share with:

Pada saat Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tiba di Washington setelah mengakhiri lawatannya ke Asia Barat, yang menyambut beliau adalah ejekan yang pedas dan sindiran yang tajam. Akhbar New Yorker menyatakan bahawa kegagalan pentadbiran Biden berkait diplomasi di Asia Barat terdedah sepenuhnya dalam lawatan selama empat hari itu.

Topik sumber tenaga dijadikan keutamaan oleh Biden dalam lawatan kali ini. Namun, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas rundingan Biden dengan pemimpin Arab Saudi berakhir, pihak Arab Saudi tidak membuat janji yang jelas tentang pertambahan pengeluaran minyak.

Serentak itu, satu lagi sasaran yang terkandung dalam agenda lawatan kali ini iaitu memperkukuh pakatan antara AS dengan negara sekutunya di Asia Barat pun tidak terkena. Sebelum lawatan itu, media AS pernah menyatakan bahawa Biden merancang membentuk pakatan ketenteraan yang melibatkan negara Teluk dan Israel bahkan membina “NATO versi Asia Barat” dalam sidang kemuncak “Keselamatan dan Pembangunan” yang diadakan di Jeddah, Arab Saudi. Akhirnya, aspirasi AS itu ditolak beberapa negara. Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi mengatakan bahawa Iraq tidak pernah dan juga tidak akan menganggotai sebarang pakatan ketenteraan. Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud menyatakan bahawa pihaknya tidak mengetahui dan juga tidak pernah menyertai perbincangan mengenai pakatan hal ehwal pertahanan antara negara Teluk dengan Israel.

Dalam sidang kemuncak di Jeddah tersebut, Biden berkata, "Kami tidak akan keluar rantau ini dan meninggalkan satu ruangan untuk diisi oleh China, Russia atau Iran." Perkataan ini mencerminkan pemikiran hegemoni AS yang sudah melepaskan Asia Barat setelah mengacau-bilaukan rantau itu dalam beberapa dekad lalu. Rasa cemburu boleh terus kelihatan di muka AS apabila ia melihat negara lain menghulurkan bantuan kepada pembangunan Asia Barat. Menteri Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir pernah menyatakan dengan suara lantang bahawa China adalah rakan dagang, pasaran sumber tenaga dan pelabur yang penting bagi negaranya.

Negara-negara Asia Barat sudah pun menyedari dengan jelas bahawa AS tidak pernah memberikan perhatian kepada pembangunan rantau terbabit dan hanya berniat menjadikannya sebagai alat atau catur.

Politikus AS yang bermotif menjadikan Asia Barat sebagai catur dalam perlawanan geopolitik dan alat untuk memperolehi laba politik gagal membuahkan hasil apa-apa pun, dan kegagalan seumpama ini pasti bukan kali terakhir bagi AS.