AS, Britain Patut Hadapi Perbicaraan Atas Tindakan Kejamnya

2022-07-19 15:09:08  CRI
Share with:

Menurut hasil penyiasatan dilakukan BBC terhadap laporan ketenteraan Britain, e-mel dan gambar berkaitan lubang tembak, didapati bahawa anggota Special Air Service Regiment (SAS) negara itu pernah berkali-kali membunuh tawanan perang dan rakyat jelata bahkan bertanding  menjadi yang "membunuh orang paling ramai" dalam tempoh perkhidmatan mereka di Afghanistan. Sebuah pasukan daripada SAS disyaki mungkin membunuh 54 orang dalam tindakan bukan mandatori semasa bertugas secara bergilir selama 6 bulan di negara itu.


 

Akhbar The Guardian dalam satu rencananya menunjukkan bahawa askar Britain sudah dibuktikan melakukan jenayah perang di Afghanistan, dan ia sama sekali "tidak luar jangkaan orang", memandangkan sudah adanya bukti yang ditunjukkan Mahkamah Antarabangsa pada 2020 berhubung askar negara itu pernah disabit melakukan jenayah perang di Iraq.

 

Hakikatnya, bukan sekadar tentera Britain yang membunuh rakyat tidak berdosa. Sebuah laporan siasatan diumumkan Kementerian Pertahanan Australia pada Disember 2020, pun telah mendedahkan tindakan anti-manusia dilakukan tentera Australia yang membunuh rakyat jelata di Afghanistan.

 

Seramai 174 ribu orang Afghanistan termasuk 30 ribu rakyat jelata telah diragut nyawa dalam tempoh 20 tahun pencerobohan tentera AS.


 

Menurut statistik, lebih 90 ribu kali serangan udara pernah dilakukan tentera AS di Iraq, Afghanistan, Syria dan Yaman, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 48 ribu orang sepanjang tempoh 20 tahun itu.

 

Lebih keji lagi, negara yang terlibat memilih menafikan kekejaman berkenaan. Parlimen Britain telah menguatkuasakan "rang undang-undang tindakan luar wilayah" yang bertujuan melindungi askar negara itu yang melakukan kes jenayah serius di negara lain. AS pula telah menghukum beberapa pegawai Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang bertugas menjalankan penyiasatan terhadap tindakan kekejaman tenteranya di Afghanistan. Malah ada yang lebih ironik, David McBride, askar Australia yang paling awal mendedahkan tindakan kejam dilakukan tentera negara itu terus didakwa oleh badan kehakiman negaranya atas tuduhan 5 jenayah.

 

Menurut Konvensyen Geneva, membunuh, mengancam, menganiaya dan menghalau rakyat jelata yang tidak membawa ancaman dalam peperangan adalah dilarang. Orang yang tidak terlibat dalam pertempuran patut diberi layanan kemanusiaan.

 

AS, Britain dan Australia sebagai negara pemeterai konvensyen tersebut jelaslah melanggar undang-undang antarabangsa dan membelakangi intuitif manusia. Masyarakat antarabangsa dikehendaki terus mengikuti perkembangan berkenaan demi memperjuangkan keadilan untuk mangsa yang tidak berdosa.