Diplomat AS Hafal Gulingkan Pemerintahan Negara Lain

2022-07-19 15:10:52  CRI
Share with:

Diplomat Amerika Syarikat (AS) sudah hafal dalam menggulingkan pemerintahan kerajaan negara lain.

 

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam.

 

Sebelum ini, bekas Penolong Presiden AS bagi Hal Ehwal Keselamatan Negara, John Robert Bolton dalam satu wawancara mengakui beliau pernah membantu merancangkan rampasan kuasa di negara lain.

 

Wang berkata, AS sudah bertahun-tahun mencetuskan pergolakan politik di Amerika Latin, melibatkan diri dalam gerakan "Arab Spring", mengapi-apikan "Colour Revolution" di Eropah dan Asia, bahkan terdapat sesetengah pegawai kanan AS secara terang-terangan menyokong puak pembelot di negara lain mencetuskan konfrontasi politik.

 

Menurut Wang, "tata tertibt antarabangsa yang berdasarkan peraturan" yang dicanang-canangkan politikus AS sebenarnya rujukan untuk kegunaannya bagi mencampur tangan dan menggulingkan pentadbiran negara lain dengan sewenang-wenangnya. Yang bersusah payah mempertahankan "peraturan" dan "tata tertib" seumpama itu bukan khalayak ramai, melainkan kelompok politikus yang diwakili Bolton.