China Bersedia Bantu Filipina Menaik Taraf Infrastruktur

2022-07-19 13:02:53  CRI
Share with:

China akan menyelaraskan usaha secara menyeluruh dengan kerajaan Filipina baharu untuk melaksanakan lebih banyak projek mercu tanda dalam bidang kerjasama infrastruktur bagi membantu negaranya menaik taraf pembinaan yang bercorak tradisional dan moden.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin sebagai respons terhadap arahan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr kepada Jabatan Pengangkutan di dalam negerinya baru-baru ini untuk mengadakan konsultasi dengan China mengenai perjanjian pinjaman kewangan berhubung tiga projek landasan kereta api termasuk projek kereta api Subic-Clark secepat mungkin. 

“China selalu menyifatkan Filipina sebagai keutamaan dalam diplomasi kejiranannya. Kerjasama dalam bidang infrastruktur merupakan fokus dalam kerjasama substantif antara China dan Filipina dalam tempoh enam tahun yang lalu. Kedua-dua pihak telah menyelesaikan pembinaan projek utama seperti jambatan dan empangan, manakala pembinaan lebih banyak projek, termasuk tiga landasan kereta api, sedang berjalan dengan lancar. 

“China mengalu-alukan arahan Presiden Marcos Jr kepada jabatan yang bertanggungjawab untuk melakukan perbincangan dengan China mengenai projek-projek terbabit,” kata Wang.