Siapakah Sasaran Sebenar Uncle Sam?

2022-07-20 14:31:28  cri
Share with:

New York Times baru-baru ini menerbitkan artikel yang menyebut bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) sedang "mempelajari selok-belok" daripada sekatan terhadap Rusia, dan cuba menggunakan pengalaman ini untuk memperluaskan sekatan eksportnya ke atas China dan negara lain bagi mengelakkan "ancaman terhadap keselamatan negaranya".

 

Menurut penganalisis, AS menganggap China sebagai "musuh khayalan" dan cuba mengekang China menerusi dasar sekatan ke atas negara Tembok Besar dalam pelbagai bidang.

 

Malah, bagi penganalisis, ia juga secara tidak langsung mendedahkan kebimbangan negara Uncle Sam itu terhadap kejatuhannya.