AS Sebagai ‘Ketua Kongsi Gelap’ Mahu Gelapkan Nasib Xinjiang
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mengemukakan laporan Akta Elie Wiesel 2022 kepada Kongres dan mengeluarkan Strategi AS untuk Menjangka, Mencegah, dan Bertindak Balas terhadap Kekerasan baru-baru ini, dan sekali lagi membubuh label “genosid kaum” dan “buruh paksa” pada Xinjiang China.
Elie Wiesel ialah seorang penulis Yahudi warga AS dan juga individu yang terselamat dalam Holocaust Perang Dunia Kedua. Sebagai aktivis yang giat bersuara untuk mangsa yang terkorban dalam pembunuh Nazi, beliau diiktiraf umum sebagai pembela hak asasi manusia sepanjang umur hidupnya.
Maka, AS mengeluarkan satu akta yang dinamakan Elie Wiesel justeru adalah untuk bertudung ‘hak asasi manusia’, menyebarkan fitnah dan bohongan dengan niat mencampuri urusan dalaman negara lain dan terus mengamalkan hegmoni ala AS.
Laporan Akta Elie Wiesel 2022 beserta Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur (UFLPA) AS bertujuan untuk menyingkirkan Xinjiang dari rantaian industri global dengan alasan ‘hak asasi manusia’, malah mengekang pembangunan China melalui pergolakan yang dicetuskannya di wilayah tersebut.
Sebagai contoh, menurut UFLPA, AS memilih mengenakan sekatan terhadap industri utama Xinjiang yang melibatkan kapas, tomato dan polisilikon sehingga menciptakan “pengangguran paksa dan pelepasan kaitan dengan pasaran luar secara paksa” di wilayah tersebut.
Statistik dari Arkib Keganasan Senjata AS menunjukkan, setakat 5 Julai, sebanyak 315 kes tembakan berlaku dan seramai 22,000 orang terbunuh dalam keganasan senjata api di AS pada tahun ini.
Selain itu, AS belum pernah menjalankan siasatan dan mengeluarkan laporan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas pembunuhan orang Indian secara beramai-ramai, pemindahan penduduk secara paksa dan penghapusan kebudayaan, belum pernah memberi penjelasan terhadap gejala buruh paksa berkaitan sekurang-kurangnya 500 ribu orang di negaranya, dan juga belum pernah menjalankan siasatan atau menjatuhkan hukuman terhadap anggota tentera AS yang melakukan jenayah anti-manusia di bekas Persekutuan Yugoslavia,Iraq, Afghanistan dan Syria.
Jumlah kes pencabulan hak asasi manusia dilakukan AS kelihatan memuncak dari zaman dulu hingga sekarang, dan fakta ini juga menjadi semakin jelas dalam masyarakat antarabangsa meskipun negara itu selalu berteriak melaungkan apa yang disebut “perlindungan hak asasi manusia”. Sekarang ini, AS sebagai ‘ketua kongsi gelap’ masih tidak berhenti dalam usahanya mahu menggelapkan nasib Xinjiang melalui rekaan fitnahnya.