Masalah Syria dan Kerjasama Banteras Keganasan, Tumpuan Sidang Pemimpin Proses Astana

2022-07-20 15:49:05  CRI
Share with:

Selain membantah Amerika Syarikat (AS) bertalu-talu merampas sumber minyak Syria, pemimpin dari ketiga-tiga negara Rusia, Turkiye dan Iran yang menghadiri Sidang Pemimpin Proses Astana yang diadakan di Tehran malam Selasa, bersetuju memperhebat kerjasama dalam usaha membanteras keganasan dan memelihara kestabilan serantau.

Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi mengutuk pasukan yang ditempatkan AS di Syria adalah puncanya ketidakstabilan serantau, dan sepatutnya diundur balik dengan secepat mungkin.

Rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin pula mendakwa, kem Barat sedang mencuba memecahbelahkan Syria, maka ketiga-tiga negara tersebut seharusnya terus menggalakkan Proses Astana bagi memelihara kestabilan serantau. Tegasnya, rakyat Syria mampu menentukan masa depan negara mereka tanpa campur tangan kuasa luar. Masyarakat antarabangsa diharap mengintensifkan bantuan kemanusiaan kepada Syria dan menghulur bantuan dalam pembangunan semula negara terbabit.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan, pihaknya akan giat membanteras kumpulan pengganas dan menanti-nantikan sokongan dari Rusia dan Iran.