Presiden Indonesia Bakal Lawat China
Berita tetang Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) akan melawat ke China sudah diumumkan. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika menjawab soalan berkenaan dalam sidang akhbar petang tadi menyatakan Presiden Jokowi merupakan pemimpin negara yang pertama melawat China selepas berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, dan China merupakan destinasi pertama dalam jadual lawatan Jokowi di rantau Asia Timur pasca wabak COVID-19. Ini memperlihatkan peri pentingnya hubungan bilateral dalam diplomasi kedua-dua negara.
Semasa tempoh lawatan nanti, Presiden Xi Jinping akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk bertukar-tukar pandangan melibatkan isu penting serantau dan antarabangsa.
China berharap agar melalui lawatan Presiden Jokowi kali ini, kedua-dua pihak boleh terus memupuk rasa saling mempercayai dalam bidang strategi dan kerjasama substantif, menjadi contoh bagi negara membangun dalam menjalinkan hubungan saling menguntungkan, dan menampil sebagai perintis dalam kerjasama Selatan-selatan.