Arca Gangsa Sami Jianzhen Dirasmikan di Jepun

2022-07-21 13:57:21  CRI
Share with:

Arca gangsa Jianzhen, sami yang membuat sumbangan besar dalam pertukaran keagamaan dan kebudayaan antara China dengan Jepun dalam sejarah, dirasmikan di Taman Ueno Tokyo, Jepun pada Rabu.

Arca itu dihasilkan oleh artis terkenal China, Wu Weishan, yang juga Kurator Muzium Seni Negara China.

Arca Jianzhen yang diperbuat daripada loyang mempunyai tinggi 250 cm, manakala jika diukur dari tapaknya, ia akan menjadikan tinggi keseluruhannya 280 cm.

Karya ini mempamerkan imej Jianzhen, seorang sami China dari Dinasti Tang (tahun 618-907) yang tidak takut dengan kesukaran, serta mempunyai sifat ketabahan, hingga mengembara ke Jepun sebanyak enam kali.

Duta Besar China ke Jepun, Kong Xuanyou ketika berucap pada majlis perasmian arca tiu menyatakan bahawa Jianzhen antara perintis dalam sejarah pertukaran kebudayaan, dan juga simbol persahabatan antara kedua-dua negara.

Perasmian arca ini membawa makna signifikan sempena ulang tahun ke-50 penormalan hubungan diplomatik China-Jepun, kata Kong.