Nilai Kontrak Perkhidmatan Sumber Luar Meningkat 12.3% di China

2022-07-21 14:29:13  CRI
Share with:

Pada setengah tahun pertama tahun ini, nilai kontrak perkhidmatan sumber luar yang diterima dan dikendalikan perusahaan China meningkat 12.3%, dengan menokok RMB987.5 bilion (RM651 bilion), sedangkan nilai kontrak yang terlaksana naik 14.3%, dengan mencecah RMB645.4 bilion (RM425 bilion). Antaranya, nilai kontrak perkhidmatan sumber luar di luar pesisir meningkat 10.7%, dengan mencatat RMB547.3 bilion (RM361 bilion), manakala yang terlaksana naik 10.0%, dengan mencapai RMB360.7 bilion (RM238 bilion).

Menurut angka terkini daripada Kementerian Perdagangan China semalam, kontrak teknologi maklumat sumber luar (ITO), urusniaga pemprosesan sumber luar (BPO) dan pengetahuan pemprosesan sumber luar (KPO) di luar pesisir yang dimeterai perusahaan China masing-masing bernilai RMB155.3 bilion (RM102 bilion), RMB64.2 bilion (RM41 bilion) dan RMB141.3 bilion RM93 bilion).

Dilihat dari segi pasaran antarabangsa, nilai kontrak perkhidmatan sumber luar di luar pesisir yang dimeterai perusahaan China dengan negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) meningkat 8.9%, dengan menokok RMB87.7 bilion (RM58 bilion), iaitu menempati 24.3% jumlah keseluruhan kendalian negara ini.