Arab Saudi Pertama Kali Jadi Penganjur Peraduan "Jambatan Mandarin"

2022-07-21 14:58:59  CRI
Share with:

 

Peraduan Bahasa Mandarin Universiti Sedunia "Jambatan Mandarin" Ke-21 semalam diadakan di Liyad, ibu negara Arab Saudi. Seramai 12 siswa-siswi dari tiga universiti di negara yang pertama kali menjadi penganjur temasya itu muncul dalam pertandingan akhir.

Melalui pidato dan persembahan kesenian berdasarkan kemahiran bertutur bahasa Mandarin dan penginsafan tentang kebudayaan China, mereka berusaha menunjukkan pretasi terbaik dalam peraduan yang bertemakan "Dunia, Satu Keluarga" yang berlangsung selama hampir dua jam. Akhirnya, Ahmad Sulaiman dari King Abdulaziz University memenangi gelaran johan dan akan mewakili Arab Saudi untuk pertandingan akhir dalam senario global.