Inisiatif Antarabangsa Utamakan Pembangunan Belia Diumumkan

2022-07-22 13:29:19  CRI
Share with:

 China melihat golongan belia sebagai tenaga kuat dalam mendorong pembangunan sosial. Belia juga digalakkan menunjukkan kedinamikan dan menyuntik kesegaran dalam tindak-tinduk untuk mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Demikian dikatakan Presiden China, Xi Jinping, dalam perutusan tahniahnya kepada Forum Pembangunan Belia Dunia yang dirasmikan di sini, pada Khamis.

Forum yang bertemakan "menggalakkan pembangunan belia, meneroka masa depan bersama" itu memfokuskan pembangunan golongan belia, mengumpul konsensus pelbagai lapisan antarabangsa terhadap pembangunan belia demi mendorong pelaksanaan Inisiatif  Pembangunan Global dan bertindak kondusif dalam pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres turut menyampaikan ucapan menerusi video kepada forum itu, dan berharap pelbagai negara menyokong golongan belia memainkan peranan membina dalam bidang politik, ekonomi dan masyarakat.

Beliau menggesa pemimpin pelbagai negara mengambil bahagian dalam perbincangan golongan belia, mendengar pendapat mereka terhadap pembaharuan dan meletakkan cadangan mereka sebagai keutamaan ketika membuat dasar berkaitan, di samping menyokong mereka menyertai pelbagai aktiviti sosial.

Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab dalam ucapannya berkata, manusia masih menghadapi cabaran global termasuk perubahan iklim.

Justeru katanya, pemimpin pelbagai negara harus meningkatkan kerjasama dan mengambil tindakan bersama dan sistematik dengan penyertaan golongan belia.

Dengan objektif untuk mengumpul tenaga demi pelaksanaan pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030  PBB, forum kali ini mengandungi empat forum bertema yang masing-masing menumpukan kerjaya dan keusahawanan, perubahan iklim dan pembangunan hijau, ekonomi digital, dan pendidikan berkualiti yang inklusif dan adil.

Forum tersebut turut mengeluarkan Inisiatif Antarabangsa Utamakan Pembangunan Belia dan melancarkan persiapan pelan tindakan pembangunan belia yang berkaitan.