China Tekad Bertindak Balas Jika Speaker AS Lawat Taiwan

2022-07-22 13:12:18  CRI
Share with:

China bertekad mengambil tindakan balas yang hebat jika Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Patricia Pelosi degil memilih melaksanakan jadual lawatannya ke Taiwan walaupun jadual itu masih belum dimuktamadkan menurut setiausaha penerangan Rumah Putih baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam menekankan bahawa China sudah berulang kali bersuara lantang menentang jadual lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan. Kongres AS adalah komponen kerajaan negara itu, yang sepatutnya mematuhi janjinya dengan China dalam isu Taiwan.

“Jika Nancy Pelosi melakukan lawatan rasmi di Taiwan, perbuatan itu akan merupakan pelanggaran serius terhadap prinsip “Satu China” dan tiga pengumuman bersama China-AS, menyebabkan kedaulatan dan keutuhan wilayah China terjejas dan dasar politik hubungan dua hala tergoyang, malah dilihat sebagai satu isyarat yang salah kepada kuasa "Merdeka Taiwan". Jika AS degil mengambil tindakan itu, China pasti bertindak balas.” Kata Wang.