Bunga Bangkai Mekar, Tarikan Taman Botani Negara

2022-07-22 20:35:00  CRI
Share with:

Titan Arum atau dikenali sebagai bunga bangkai, dilihat berkembang mekar di rumah hijau di Taman Botani Negara di Beijing pada 19 Julai.

Tumbuhan nadir yang terancam itu hanya mampu berbunga sepenuhnya selama 48 jam.

Pelancong ditawarkan peluang melihat sendiri bunga gergasi itu menerusi aktiviti ‘Titan Arum Kala Malam’ anjuran taman botani berkenaan.