MOFCOM: Rundingan Susulan FTA China-ROK Dipercepat

2022-07-22 15:19:12  cri
Share with:

BEIJING, 22 Julai -- China dan Korea Selatan (ROK) sedang giat mendorong fasa kedua rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kata jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM), Shu Jueting, pada Khamis.

"ROK ialah rakan dagangan keempat terbesar bagi China. Pada separuh pertama tahun ini, jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 9.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu," ujar beliau.

Sejak FTA dimeterai pada 2015, kedua-dua negara telah menurunkan tarif sebanyak lapan kali, dan China kink telah mengecualikan tarif atas barangan import dari ROK lebih daripada 40 peratus.

Shu berkata, fasa kedua FTA China dengan ROK akan menggalakkan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara ke tahap yang baharu.

"Baru-baru ini, kedua-dua negara mengadakan mesyuarat untuk mencapai kata sepakat bagi mempercepat rundingan fasa kedua.

"China bersedia bekerjasama dengan ROK untuk berusaha mencapai perjanjian yang saling menguntungkan secepat mungkin, meningkatkan lagi tahap keterbukaan dan kerjasama dalam bidang perdagangan perkhidmatan dan pelaburan, serta mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan China-ROK ke tahap baharu," kata, Shu.

Menurut statistik MOFCOM, sejak ikatan diplomatik China-ROK terjalin 30 tahun lalu, jumlah dagangan kedua-dua negara mencapai perkembangan pesat.

Pada 2021, jumlah dagangan dua hala melebihi USD360 bilion, iaitu 72 kali ganda berbanding tahun ketika hubungan diplomatik terjalin.

China dan ROK telah menyelaraskan strategi pembangunan mereka dengan berkesan, berjaya melaksanakan FTA, menggalakkan kerjasama secara berterusan dalam pembinaan bersama taman perindustrian China-Korea.

Selain itu, kedua-dua negara juga terus mempergiat kerjasama di pasaran ketiga, sekali gus membentuk satu sistem bekalan rantaian industri yang lancar.

Pada awal tahun ini, penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah memberi ruang yang lebih luas kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan.