90 Juta Kes Jangkitan Bukanlah Akhir “Tragedi AS”
90 juta, jumlah kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mencapai satu lagi paras tragik.
Menurut data statistik dari Universiti Johns Hopkins, setakat pukul 6.21 petang Khamis, waktu Beijing, seramai 90 juta orang dikesan terjangkit koronavirus baharu di AS, sedangkan jumlah kes kematian mencecah 1.0256 juta. Kedua-dua bilangan itu menjadikan AS menduduki tempat pertama dalam ranking dunia.
Apa maknanya bilangan 90 juta itu? Ia bererti bahawa terdapat seorang antara setiap 3.6 orang warga AS terjangkit COVID-19. Malah keadaan sebenarnya lebih teruk. Menurut pakar dan media AS, jumlah kes positif yang dilaporkan dalam negerinya berkemungkinan besar lebih rendah daripada realiti kerana ramai warga negara itu memilih melakukan pemeriksaan secara bersendirian di rumah bahkan tidak pernah menjalani pemeriksaan apa-apa pun.
Sebagai satu-satunya negara superpower, Washington berubah menjadi “pihak gagal yang terbesar dalam menangkis wabak”. Pestasi yang ironik itu mendedahkan berkurangannya kecekapan dalam sistem politik dan tadbir urus negara AS, dan juga memperlihatkan wajah politikus dalam negerinya yang meletakkan laba politik di atas keselamatan nyawa rakyat.
Pada bulan Mac tahun ini, Dewan Perwakilan Kongres AS telah membatalkan belanjawan bernilai USD15.6 bilion (RM69.5 bilion) untuk tujuan menangani wabak, namun menambah belanjawan dengan nilainya yang sama untuk membantu Ukraine. Ketika dipersoalkan perkara ini, Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi menjawab bahawa “rakyat Ukraine sedang hadapi ancaman maut”. Jawabannya segera mendapat respons yang senada yang berbunyi “warga AS juga sedang hadapi ancaman maut akibat COVID-19”. Pada saat yang semakin dekat tarikh pemilihan pertengahan, pergelutan antara kedua-dua parti dalam negeri AS pun bertambah semakin sengit. Berdepan dengan beberapa banyak permasalahan yang menyengat, seperti inflasi domestik dan keganasan tembakan, politikus tidak mungkin dapat menumpu kepada usaha menangkis wabak. Ini pasti mengakibatkan perangkaan terbabit sepanjang penularan COVID-19 terus melambung, seolah-olah satu kereta yang tidak dapat ditekan breknya. 90 juta kes jangkitan bukanlah akhir “tragedi Washington”.
Nyawa rakyat AS terbukti lagi bukanlah apa-apa sahaja kalau dibanding dengan laba politik. Apa yang disebut “demokrasi” dan “hak asasi manusia” yang dijunjung tinggi politikus AS kelihatan sudah menjadi runtuhan dan pecahan di hadapan nyawa yang sudah terlayang dan keluarga yang terperangkap yang bilangannya tak terkira.