Forum Kerjasama Rantai Industri dan Pembekalan 10+3 di Taihu
2022-07-22 16:17:20 CRI
Forum Kerjasama Rantai Industri dan Pembekalan ASEAN-China, Jepun, Republik Korea (10+3) dan Forum Usahawan Asia Timur Taihu bakal diadakan secara hibrid pada 29 Julai. Forum yang akan dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan kerajaan provinsi Jiangsu itu bertemakan “Kelancaran Rantaian, Kemakmuran Bersama”. Perbincangan antara jabatan kerajaan, sektor industri dan kalangan akademik tentang kerjasama rantai industri dan pembekalan akan ditonjolkan sebagai kecenderungan utama, sedangkan sektor korporat akan dijadikan paksi dalam pertukaran dan kerjasama pelbagai bidang.