AS Jeret Leher Sendiri Melalui Rang Undang-undang Cipnya

2022-07-23 15:28:49  CRI
Share with:

Senat Amerika Syarikat (AS) telah menyelesaikan pengundian prosedur berhubung Rang Undang-undang Cip, sekali gus membuka jalan kepada pengundian selanjutnya yang bersifat menentu dalam Senat  dan Dewan Perwakilan. Menurut media tempatan, rang undang-undang terbabit  mencadangkan negaranya akan menyuntik modal sebanyak USD50 bilion (RM222.6  bilion) bagi mendorong perkembangan industri semikonduktor domestik, melalui  pemberian subsidi, pengurangan cukai, dan penggalakan perusahaan berkenaan  membangunkan perkilangan dalam negeri. Yang agak menonjol dalam rang  undang-undang itu adalah apa yang disebut "langkan perlindungan" yang tersedia  kepada syarikat yang mendapat subsidi, iaitu sekatan terhadapnya untuk melabur  ke China.

Sebenarnya, Setiausaha Penerangan White House,  Karine Jean Pierre pun telah berkata secara terus terang, tindakan insentif itu  bertujuan untuk "mendatangkan lebih banyak pelaburan ke AS dan bukan ke China",  dan menyifatkan "langkan perlindungan" itu kondusif untuk memperlahankan kadar  pertumbuhan pelaburan di China.

Sektor cip adalah insutri globalisasi bertaraf  tinggi yang memerlukan pembahagian kerja dan penyelarasan pelbagai negara.  Dimaklumkan, pengeluaran sejumlah cip canggih merangkumi lebih 1,000 prosedur  yang dihasilkan melalui lebih 70 kali kerjasama transnasional. Perbuatan  segelintir politikus AS yang sengaja "mencantas hubungan dan memutus rantaian" ternyata melanggar hukum pasaran dan menjejaskan kestabilan rantai industri  global.

Bagaimanapun, hukum pasaran tetap berlaku  meskipun terganggu oleh campur tangan politik. Menurut data statistik Persatuan  Semikonduktor China, jumlah penjualan syarikat cip China meningkat 18% pada  tahun 2021, dengan melepasi paras RMB1 trilion (RM6,584 bilion). Menurut Berita  Bloomberg, pada empat suku tahun yang lalu, terdapat 19 perusahaan China dalam  ranking 20 syarikat cip yang bertumbuh paling pesat, dan sebelum ini angka itu  hanya adalah 8 pada tempoh yang sama setahun sebelumnya. Syarikat asing tak syaklah memilih "mengundi dengan kaki sendiri" tatkala berdepan dengan kemudahan  industri yang lengkap dan skala pasaran yang besar di  China.

Dimaklumkan, White House merancang meluluskan "'rang undang-undang cip" itu pada bulan Ogos. Dalam konteks globalisasi ekonomi  pada dewasa ini, AS yang secara paksa melakukan pemindahan industri dan mencantas hubungan, akan mengacaukan pembahagian kerja global, menegangkan pembekalan cip dan meruncingkan lagi permasalahan yang dihadapi sendiri. Bak kata pepatah, tepuk air di dalang, terpercik ke muka sendiri. Maka, politikus di  Washington disarankan mengambil tindakan yang kondusif bagi memelihara kemantapan rantaian industri dan pembekalan.