Jepun Mesti Dipertanggungjawabkan untuk Berikan Pampasan

2022-07-23 15:23:09  CRI
Share with:

Pihak Berkuasa Peraturan Nuklear Jepun (NRA) telah meluluskan secara rasmi rancangan Syarikat Kuasa Elektrik Tokyo untuk melepaskan air kumbahan daripada Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ke laut semalam. Ini dilihat satu permulaan dalam plot Jepun untuk terus mengambil langkah bahaya.

Terdapat lebih 1.25 juta tan air kumbahan nuklear tersimpan di loji kuasa nuklear tersebut pada masa sekarang. Ahli penyelidik sains menyatakan bahawa radioactive isotope dalam air kumbahan nuklear sukar dibersihkan, dan bahan ini boleh merebak ke kebanyakan perairan di Lautan Pasifik dalam tempoh 57 hari bermula saat ia dibuang ke laut, dan kemudian akan menjadikan ekologi laut global terjejas dalam tmpoh 10 tahun akan datang. Ini membantu menjelaskan kenapa kerajaan Jepun telah dicurikai dan ditentang oleh baik masyarakat antarabangsa mahupun  penduduk negaranya sendiri sejak keputusan tentang pelepasan air tercemar itu ke dalam laut dibuat pada bulan April tahun lalu.

Sehubungan itu, Jepun tidak mengambil langkah bersama-sama dengan pihak berkepentingan lain untuk menjalankan ujian saintifik tentang ketepatan rancangan itu, ketepatan data dan keberkesanan kemudahan penawaran serta tahap pengaruh terhadap persekitaran, sebaliknya membiarkan politikus dalam negerinya bersipekak terhadap seruan umum.

Ketika Jepun mengumumkan keputusan untuk melepaskan air sisa nuklear pada tahun lalu, Aso Tarou yang menyandang jawatan Menteri Kewangan Jepun pada masa itu menyatakan bahawa air tercemar nuklear yang terawat “boleh minum”. Pihak Jepun bahkan sengaja melabelkan “air terawat hasil teknologi ALPS” pada simpanan air sisa nuklear yang dirancang dilepaskan ke laut, namun sebenarnya mereka belum lagi menguasai teknologi penapisan yang “selamat dan boleh dipercayai”.

Jepun telah mengundang kumpulan kerja teknologi Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) sebanyak dua kali untuk menjalankan tinjauan dan penilaian pada tahun ini, seolah-olah sudah mendapat sokongan IAEA dan turut meluluskan rancangan pelepasan air kumbahan nuklear. Namun, hakikatnya IAEA tidak pernah mengeluarkan kesimpulan tentang rancangan Jepun itu sebaliknya mengeluarkan banyak tuntutan yang mendesak Jepun memberikan penjelasan dan pendapat pembaikan.

Menangani air kumbahan dari logi tenaga nuklear Fukushima bukan hal yang hanya berkaitan kepentingan Jepun sendiri. Setiap negara mempunyai kewajipan untuk melindungi dan memelihara alam sekitar marin dan memikul tanggungjawab menurut Undang-undang Antarabangsa. Kalau Jepun degil menjalankan rancangan itu, masyarakat antarabangsa berhak menuntut Jepun memberikan pampasan mengikut tanggungjawabnya di sisi undang-undang.