Prestasi Perusahaan China Terbaik dalam Ranking Anugerah WIPO

2022-07-24 15:32:58  CRI
Share with:

Sebanyak 272 syarikat pemohon dari 62 buah negara bersaing untuk memenangi Anugerah Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) yang pertama. Akhirnya terdapat lima yang terpilih sebagai pemenang, termasuk dua dari China yang turut mencapai prestasi terbaik dalam ranking berkenaan.

Dimaklumkan, Majlis Penganugerahan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) Pertama telah diadakan pada Selasa.

Anugerah terbabit adalah merupakan satu rancangan insentif global yang bertujuan memuji perusahaan dan perseorangan yang membuat sumbangan signifikan untuk ekonomi dalam dan luar negeri serta kemajuan sosiolbudaya dengan menggunakan hak harta intelek. Kelima-lima syarikat yang mendapat anugerah kali ini akan terus mendapat panduan, sokongan dan bantuan khas dari WIPO dalam pemindahan dan penggunaan hak harta intelek.