Vaksin Buatan China Selamat dan Berkesan

2022-07-24 14:03:11  CRI
Share with:

Pemvaksinan China melibatkan sebanyak lebih 3.4 bilion dos vaksin COVID-19 sudah diselesaikan di peringkat kebangsaan setakat ini. Tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin buatan China, Mekanisme Pencegahan dan Kawalan Dewan Negara telah mengadakan sidang media petang semalam dan memberikan jawapan kepada lebih 30 soalan berkenaan daripada wartawan. Pakar yang berkewibawaan telah membentangkan keberkesanan dan keselamatan vaksin dengan banyak data dan fakta dan memaklumkan bahawa peratusan kes reaksi buruk ekoran vaksinasi COVID-19 lebih rendah daripada yang ekoran vaksinasi regular lain.

Terdapat tiga jenis vaksin COVID-19 buatan China yang tersenarai untuk penggunaan cemas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan lebih 100 buah negara sudah meratifikasi penggunaan vaksin buatan China, antaranya banyak negara menjadikan vaksin buatan China sebagai satu-satunya vaksin untuk kegunaan kanak-kanak berumur rendah. Selain itu, pemimpin daripada lebih 30 buah negara telah menerima suntikan vaksin buatan China.

Menyentuh akhbar angin yang menular dalam internet tentang vaksinasi akan menyebabkan penyakit leukemia dan diabetes, Ketua Pengarah Jabatan Penyakit Berjangkit Pusat Perubatan Kelima, Hospital Pusat Tentera Pembebasan Rakyat, yang juga Ahli Akademi Sains China, Wang Fusheng dalam sidang media itu menyatakan bahawa keadaan itu tidak akan berlaku. Menurut beliau, pelbagai bahan dalam vaksin adalah selamat bagi tubuh badan manusia dan tidak akan menyebabkan penyakit secara langsung. Vaksin jenis virus nyahaktif yang bilangannya terbesar dalam pemvaksinan kebangsaan China adalah terjamin dari segi keselamatan dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Zeng Yixin memaklumkan bahawa setakat ini, pemvaksinan dos pertama merangkumi 92.1% populasi, dos kedua 89.7%, sedangkan dos penggalak 71.7% di 31 buah provinsi (termasuk wilayah autonomi dan bandar di bawah pentadibiran langsung kerajaan pusat dan Kor Pengeluaran dan Pembangunan Xinjiang).

Tambah beliau, semua pemimpin yang menyandang jawatan dalam parti dan kerajaan sudah menyelesaikan vaksinasi yang menggunakan produk buatan China.

Mekanisme Pencegahan dan Kawalan Dewan Negara dalam sidang media itu menyeru agar rakyat menyelesaikan vaksinasi dengan sedapat mungkin untuk menyumbang kepada usaha membentuk “Tembok Besar imuniti” dalam segala masyarakat.